perjalanan hidup tak kan terhenti selagi nadi berjalan ujian dan dugaan tetap ada untuk kita dLm mematangkan dan mengajar kita dalam erti kehidupan.
UJIAN MEMATANGKAN KEHIDUPAN KITA.
Perjalanan sebuah kehidupan sudah pasti dipenuhi dengan liku-liku serta ranjau onak berduri..kehidupan tidak sentiasa menjanjikan bahagia dan kehidupan juga tidak selamanya penuh dengan kisah duka..namun apa yang pasti, kehidupan memerlukan seorang hamba itu mempunyai sifat-sifat seorang pejuang seperti kesabaran, keyakinan, kesanggupan, keinginan, dan keredhaan..ini adalah kerana, sebuah kehidupan boleh diibaratkan seperti medan peperangan..jika kita kental bertahan dan nasib menyebelahi kita, kita akan terus berdiri teguh mengecap nikmat bahagia dan berjaya..akan tetapi, seandainya kita gagal mengemudi dengan baik dan goyah dalam melayari bahtera peperangan..sudah pasti kita akan tertewas serta akan terus menemui kegagalan..begitulah kehidupan, sukar untuk dijangkakan..ini adalah kerana kehidupan itu sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kisah lalu, realiti kehidupan kini dan juga harapan di masa hadapan..
Semua manusia yang bernyawa mempunyai kisah
silam..dan kisah silam itu akan terus terpahat di dalam memori ingatan
tidak kira samada kisah itu tentang kegembiraan mahupun tentang
kedukaan..tidak kira samada kisah itu tentang kemanisan mahupun tentang
kepahitan..apa yang pasti, kisah silam adalah merupakan suatu pengalaman
dan kenangan yang cukup berharga buat diri kita di masa kini dan juga
akan datang..ini kerana, melalui kisah silam kita akan lebih berwaspada
dan berhati-hati dalam menongkah arus melalui denai-denai kehidupan di
masa akan datang..bak kata orang tua-tua " Kisah Silam Mematangkan
Kehidupan Di Masa Akan Datang "..ungkapan itu sesuai buat mereka yang
menyedarinya dan mempelajari sesuatu daripada kisah yang pernah
berlaku..andai kisah itu tentang gembira, berjaya dan bahagia..ianya
akan dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus mencipta
kejayaan dan kebahagiaan di masa hadapan..namun andai kisah silam itu
sebaliknya, setidak-tidaknya akan dapat dijadikan sebagai pedoman dan
panduan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang..justeru,
manfaatkan kisah silam demi kesejahteraan masa kini dan akan datang..
No comments:
Post a Comment