Wednesday, 5 November 2014

KeHiDuPaN HiDuP KiTa

perjalanan hidup tak kan terhenti selagi nadi berjalan ujian dan dugaan tetap ada untuk kita dLm mematangkan dan mengajar kita dalam erti kehidupan.

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRADIRWv2sNTLT1mNK3fa68fbXmxIwvwqfbPNHxCc8M4OtxpLrSRSBq0fGDTInr95AUaFX06eYB-5mvpoDlimahzMKGOAanip0AH48f-6gjSouJ7Qh6BXHnQ-hsD3iuGxh4l5fTEeG_pI/s1600/sunset_kite.jpg

UJIAN MEMATANGKAN KEHIDUPAN KITA. 

Perjalanan sebuah kehidupan sudah pasti dipenuhi dengan liku-liku serta ranjau onak berduri..kehidupan tidak sentiasa menjanjikan bahagia dan kehidupan juga tidak selamanya penuh dengan kisah duka..namun apa yang pasti, kehidupan memerlukan seorang hamba itu mempunyai sifat-sifat seorang pejuang seperti kesabaran, keyakinan, kesanggupan, keinginan, dan keredhaan..ini adalah kerana, sebuah kehidupan boleh diibaratkan seperti medan peperangan..jika kita kental bertahan dan nasib menyebelahi kita, kita akan terus berdiri teguh mengecap nikmat bahagia dan berjaya..akan tetapi, seandainya kita gagal mengemudi dengan baik dan goyah dalam melayari bahtera peperangan..sudah pasti kita akan tertewas serta akan terus menemui kegagalan..begitulah kehidupan, sukar untuk dijangkakan..ini adalah kerana kehidupan itu sendiri terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kisah lalu, realiti kehidupan kini dan juga harapan di masa hadapan..



Semua manusia yang bernyawa mempunyai kisah silam..dan kisah silam itu akan terus terpahat di dalam memori ingatan tidak kira samada kisah itu tentang kegembiraan mahupun tentang kedukaan..tidak kira samada kisah itu tentang kemanisan mahupun tentang kepahitan..apa yang pasti, kisah silam adalah merupakan suatu pengalaman dan kenangan yang cukup berharga buat diri kita di masa kini dan juga akan datang..ini kerana, melalui kisah silam kita akan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menongkah arus melalui denai-denai kehidupan di masa akan datang..bak kata orang tua-tua " Kisah Silam Mematangkan Kehidupan Di Masa Akan Datang "..ungkapan itu sesuai buat mereka yang menyedarinya dan mempelajari sesuatu daripada kisah yang pernah berlaku..andai kisah itu tentang gembira, berjaya dan bahagia..ianya akan dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus mencipta kejayaan dan kebahagiaan di masa hadapan..namun andai kisah silam itu sebaliknya, setidak-tidaknya akan dapat dijadikan sebagai pedoman dan panduan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang..justeru, manfaatkan kisah silam demi kesejahteraan masa kini dan akan datang..


Kesimpulannya, kehidupan yang kita lalui adalah merupakan guru yang terbaik buat kita untuk melangkah dan terus melangkah tanpa rasa lelah dan payah..ujian dan dugaan akan sentiasa hadir di setiap detik, setiap percubaan, setiap keinginan, setiap perjuangan..apa yang perlu kita lakukan adalah terus bertahan dan terus bertahan serta melangkah maju kehadapan dengan penuh semangat dan harapan..ujian dan dugaan itu perlu untuk mematangkan kita dalam menempuh onak duri yang penuh ranjau dalam kehidupan seharian..tanpa ujian dan dugaan mana mungkin kita akan belajar sesuatu untuk dijadikan panduan di masa hadapan

Sebagai seorang hamba kita tidak terlepas dalam menjalani badai-badai kehidupan, walaupun sesukar mana sekalipun, Allah tidak pernah menguji umat Nya melebihi kemampuan hidup seseorang.